Thursday, July 24, 2014

PROGRAM OPEN YOUR EYES

Selamat Menyambut Hari Lebaran


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Selamat bercuti dan berhati-hatilah semasa di jalan raya,
agar kita selamat tiba ke destinasi.
Mohon Ampun dan Maaf daripada Kami Warga SAHUT.

MAJLIS IFTAR JAMAI'E & KHATAM AL-QURAN 2014

Majlis Iftar Jamai'e & Khatam Al-Quran telah diadakan pada 23 Julai 2014 di Surau Al Falah & Dewan Makan SAHUT. Tetamu khas telah diundang iaitu bekas Pengetua Cemerlang SAHUT, Puan Hajah Ramlah binti Endut dan qari-qari jemputan.



MAJLIS PENYAMPAIAN WANG RAYA

Majlis penyampaian wang raya dan bersalaman antara pelajar dan guru SAHUT telah diadakan di Dewan Besar SM Sains Hulu Terengganu pada hari Khamis, 24 Julai 2014. Penyampaian bantuan khas wang raya kepada semua pelajar anak yatim dan projek khas serta pelajar SAHUT.



Wednesday, July 23, 2014

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SAHUT

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SAHUT 2014

Program Ihya' Ramadhan yang diadakan setiap tahun di SAHUT telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam dan bidang kemanusiaan. Beberapa pertandingan telah dijalankan pada 8 Julai hingga 20 Julai 2014 iaitu pertandingan bercerita qissah dari Al-Quran, program imam dan imamah muda, pertandingan semarak jawi dan pertandingan esei ramadhan.

A) Pertandingan bercerita qissah dari Al-Quran

B) Pertandingan semarak jawi

C) Program Khatam Al-Quran

D) Program Imam & Imamah Muda










Thursday, July 17, 2014

HARI KEBUDAYAAN BAHASA ARAB (HKBA) PERINGKAT KEBANGSAAN

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) di Cyberjaya sekali lagi telah memberikan kepercayaan kepada SAHUT untuk menjadi tuan rumah buat kali pertama untuk menganjurkan Hari Kebudayaan Bahasa Arab (HKBA) kali ke-7.

A)  Pendaftaran kontijen


B) Taklimat pemandu & peserta


C) Pembahagian kumpulan & taklimat eksplorasi


D) Persiapan pameran

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA CEMERLANG PERTAMA 

Majlis persaraan Pengetua Cemerlang pertama SAHUT, Puan Hajah Ramlah binti Endut telah diadakan di Kenyir Lake Resort, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 25 Jun 2014. Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Kakitangan & Guru SAHUT (PesSUTRA) yang dipengerusikan oleh Cikgu Arif Zaidi bin Alwi telah dihadiri sebahagian besar ahli kelab guru. Sebagai memperingati jasa dan budi pengetua cemerlang, majlis makan petang di resort tersebut telah menghadiahkan beberapa sumbangan hamper daripada beberapa wakil kelab guru kepada beliau. Turut hadir adalah YDP PIBG SAHUT, En. Abdul Malik bin Ali.





Wednesday, July 16, 2014

FOTO-FOTO PEMBUKAAN AWAL SAHUT

Blok Pentadbiran
Dewan SAHUT
Rumah Pentadbir
Tapak Blok Bangunan Sekolah
Tapak Bangunan Asrama

 Surau
Saliran Longkang
Tapak Kuarters





PELAN SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU TERENGGANU