Thursday, August 07, 2014

PERTANDINGAN FORUM REMAJA PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU 2014

PERTANDINGAN FORUM REMAJA PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU 2014

Pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah Hulu Terengganu denga kerjasama Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Wakil PPD Hulu Terengganu, En. Suhaimi bin Wahab telah hadir merangkap tetamu jemputan (VVIP) ke pertandingan tersebut. Empat orang hakim selaku guru bertugas telah hadir bersama pasukan pelawat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang. Pertandingan ini melibatkan dua buah sekolah sahaja iaitu SM Sains Hulu Terengganu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan.

Keputusan pertandingan :
Tempat pertama  : Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan
Tempat kedua     : SM Sains Hulu Terengganu

Sesi pendaftaran peserta

Pasukan forum SMK Tengku Ampuan Intan

SM Sains Hulu Terengganu (SAHUT)

Pasukan pelawat ketika sesi forum dijalankan

Hakim-hakim pertandingan

Ulasan keseluruhan pertandingan oleh Ketua Hakim pertandingan

Penyampaian sijil dan plak pertandingan

Penyampaian cenderamata kepada semua hakim

Sesi bergambar

Thursday, July 24, 2014

PROGRAM OPEN YOUR EYES

Selamat Menyambut Hari Lebaran


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Selamat bercuti dan berhati-hatilah semasa di jalan raya,
agar kita selamat tiba ke destinasi.
Mohon Ampun dan Maaf daripada Kami Warga SAHUT.

MAJLIS IFTAR JAMAI'E & KHATAM AL-QURAN 2014

Majlis Iftar Jamai'e & Khatam Al-Quran telah diadakan pada 23 Julai 2014 di Surau Al Falah & Dewan Makan SAHUT. Tetamu khas telah diundang iaitu bekas Pengetua Cemerlang SAHUT, Puan Hajah Ramlah binti Endut dan qari-qari jemputan.



MAJLIS PENYAMPAIAN WANG RAYA

Majlis penyampaian wang raya dan bersalaman antara pelajar dan guru SAHUT telah diadakan di Dewan Besar SM Sains Hulu Terengganu pada hari Khamis, 24 Julai 2014. Penyampaian bantuan khas wang raya kepada semua pelajar anak yatim dan projek khas serta pelajar SAHUT.



Wednesday, July 23, 2014

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SAHUT

PROGRAM IHYA' RAMADHAN SAHUT 2014

Program Ihya' Ramadhan yang diadakan setiap tahun di SAHUT telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam dan bidang kemanusiaan. Beberapa pertandingan telah dijalankan pada 8 Julai hingga 20 Julai 2014 iaitu pertandingan bercerita qissah dari Al-Quran, program imam dan imamah muda, pertandingan semarak jawi dan pertandingan esei ramadhan.

A) Pertandingan bercerita qissah dari Al-Quran

B) Pertandingan semarak jawi

C) Program Khatam Al-Quran

D) Program Imam & Imamah Muda










Thursday, July 17, 2014

HARI KEBUDAYAAN BAHASA ARAB (HKBA) PERINGKAT KEBANGSAAN

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) di Cyberjaya sekali lagi telah memberikan kepercayaan kepada SAHUT untuk menjadi tuan rumah buat kali pertama untuk menganjurkan Hari Kebudayaan Bahasa Arab (HKBA) kali ke-7.

A)  Pendaftaran kontijen


B) Taklimat pemandu & peserta


C) Pembahagian kumpulan & taklimat eksplorasi


D) Persiapan pameran